Yang menjalinkan Ukhwah


Tuesday 29 May 2012

Bagaimana Atasi Marah?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca . 

    Hari ini mari kita bincang tentang MARAH . Satu sifat semulajadi dalam diri setiap manusia, setiap insan, tak kira anak muda, orang alim sekalipun ada perasaan marah. Kita akan marah apabila ada perkara yang kita tidak suka berlaku kepada kita, betul tak? Marah boleh jadi merbahaya apabila diakhiri dengan pertumpahan darah, dan tindakan diluar kawalan. Kebijaksanaan manusia itu terletak pada kepandaiannya mengawal kemarahannya. Tidak ramai yang tahu dan boleh mengawal kemarahannya. Bagaimanapun, disini ana sertakan tips2 berguna pada pembaca semua cara mengawal kemarahan dengan bijak .


  • Sentiasa baca Al-Quran dan beramal dengannya   
          Sentiasalah berdamping dengan Al-Quran setiap hari dan bacalah ia, sebaiknya bacalah dengan maksudnya sekali. Kerana dengan itu, kita akan faham maksud ayat itu, dan tujuan ia diturunkan serta pengajaran yang ingin disampaikan.                                                       
  • Jadikan Rasulullah S.A.W. sebagai contoh kepada kita
          Contohilah sifat2 terpuji Rasulullah S.A.W. seperti sabar. Walaupun dihina, dicederakan oleh orang Quraisy semasa Baginda berusaha berdakwah, Baginda tetap sabar, dan tidak marah.
  • Sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa
          Buatlah sesuatu perkara dengan teliti dan tidak tergesa-gesa. Banyakkan bersabar. Jalan raya adalah tempat yang bagus untuk berlatih diri bersabar
  • Ketika marah kepada seseorang, maafkan orang itu dan ingat kelebihannya
          Memang lumrah apabila seseorang berbuat salah kepada kita. Sebaiknya, jangan marah melulu tetapi maafkanlah dia. Nasihatilah dia. Marah bukanlah cara terbaik menasihati orang lain.
  • Bacalah doa perlindungan daripada syaitan

  • Berwuduk
          Sabda Rasulullah S.A.W. " Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dicipta dari api. jika salah seorang di antara kalian marah, maka hendaklah dia berwuduk " (HR Imam Ahmad dan Abu Daud)
  • Marah kerana Allah S.W.T.
          Marahlah bagi tujuan menegakkan agama Islam dan apabila Islam dihina dikutuk. Masa itu, perangilah musuh Islam dan gunalah kemarahan yang ada.
  • Ubah posisi badan  ketika marah
          Sabda Rasulullah S.A.W. " Jika salah seorang dalam kalangan kamu marah, dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana kemarahan akan hilang. Jika belum hilang, maka hendaklah dia baring " (HR Ahmad dan Abu Daud)

 | Sabda Rasulullah S.A.W. " Barangsiapa yang menahan marah dan dia sebenarnya mampu menepisnya, maka pada hari kiamat, Allah memanggilnya di atas penghulu makhluk sehingga dia disuruh memilih bidadari yang diinginkannya " (HR Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah) |

    Jelaslah marah mengundang perkara yang tidak baik. Jadi, atasilah ia mengikut Islam. Islam sudahpun menunjukkan cara mengatasinya, cuma hanya kita mahu mengikut atau tidak sahaja :) Jangan biarkan marah mengawal akal dan fikiran kita dan itu bermaksud, syaitan yang mengawal dan menguasai kita. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ..
Moga post tadi beri sesuatu manfaat pada sahabat ..
Coretkanlah pendapat jika ada..
Syukran =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...