Yang menjalinkan Ukhwah


Wednesday 20 June 2012

Jangan Butakan HATIMU !

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu pembaca semua ..

     Hari ini ana nak cakap pasal HATI. Pernah dengar kan, Jika hati seseorang itu baik, maka baiklah seluruh badannya. Jika buruk hati seseorang itu, maka buruklah seluruh badannya. Kita selalu merasakan hati kita bersih, tetapi adakah kita menyedari jika hati kita sudah buta disebabkan beberapa perkara ?
     Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyur, dikerumuni orang ramai masa beliau ke pasar Basrah. Ada antara mereka yang bertanya,mengapa doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, " Kerana HATI kamu buta kerana 10 perkara"
     10 Perkara yang disebutkan oleh Ibharim bin Adnan :
1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
  • apabila suruhan-Nya diabaikan, larangan-Nya dilanggar, maka Butalah hati manusia itu
  • tunaikanlah ibadah dengan tekun dan sempurna dan jangan lupa menjauhi maksiat yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.
2. Kamu mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu menolak sunnahnya
  • belajarlah dan amalkan sunnah-sunnah Rasulullah agar sebati dengan hidup seharian kita
  • Janganlah pula kita menolak dan menghina sunnah-sunnah Rasulullah
3. Kamu membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya
  • hari ini, jarang dapat melihat insan yang membaca Al-Quran dan memahami maksudnya
  • kita selalu baca Al-Quran tanpa memahami maksud ayat yang kita baca dan sebab ia diturunkan
  • bacalah Al-Quran setiap hari, dan cubalah memahami maksud-maksud dari ayat Al-Quran tersebut supaya kita dapat pengajaran yang ingin disampaikan daripada ayat tersebut
 | Al-Quran merupakan petunjuk untuk kita dari kesesatan |

Friday 8 June 2012

Jangan Lupa Jelaskan Hutang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahwasannya dia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah ,  bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat  kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Imankepada Allah itu adalah  amal-amal yang paling utama.” Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata:  “Wahai  Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?” kemudian Rasulullah  menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah  sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak  mundur.” Kemudian  Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana  pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus?  Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril  mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR.  Muslim)


Wednesday 6 June 2012

Perbualan Rasulullah dan Iblis

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS

Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.

Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.




Tuesday 5 June 2012

Kenali Jenis-Jenis Najis

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Jenis-jenis najis:
 
S: Berapakah bahgian najis?
J: Najis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1.Najis Mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

2.Najis Mughallazah
Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.

3.Najis Mutawasitah
Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu:
• Setiap yang cecair yang memabukkan
Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
• Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.

CARA-CARA MENYUCI NAJIS
 
S: Bagaimana cara bersuci daripada najis tersebut?
J: Cara untuk menyucikan najis ialah:

1.Najis Mukhaffafah
Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.

2.Najis Mughallazah
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.

3.Najis Mutawasitah
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang.
Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.

Wallahua'alam .. Sumber : Kelas Iqra

22 Tanda Kiamat Sudah Hampir !

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
 22 Tanda Kiamat makin HAMPIR !!

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.


Monday 4 June 2012

Jagalah 12 Aurat ini wahai kaum Hawa


 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
12 Aurat Wanita Dalam Islam

1.    Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3.    Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.    Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



70 Dosa-Dosa Besar !

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau cuba menghimpunkan jenis-jenis dosa besar sebanyak 70 perkara:

1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
2. Bersaksi palsu
3. Berjudi
4. Bersumpah palsu dan bohong
5. Berbohong
6. Bergambar di baju (bila solat)
7. Berperempuan pelacur
8. Berbuat buruk terhadap yang lemah
9. Berdebat dan memusuhi
10.Bersidat dayus
11. Bercakap kasar dengan orang tua
12. Dusta nama Allah dan RasulNya
13. Derhaka pada suaminya
14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya

Saturday 2 June 2012

Tanda-Tanda sebelum SakaratulMaut !

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATULMAUT.
Orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati.

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

10 Perkara Dari Imam Asy-Syafi'e

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
 WASIAT DAN PESAN IMAM ASY-SYAFI'E

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah,
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

2: HAK KEPADA RASULULLAH SHALALLAHU ALAIHI WASSALAM
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

3: HAK KEPADA DIRI SENDIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Thursday 31 May 2012

12 Barisan Di Akhirat

  بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”





Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...