Yang menjalinkan Ukhwah


Sunday 27 May 2012

Tibalah Saat Untuk Marasmikan Pembukaannya

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t.
Kepada semua pembaca di blog Coretan Dakwah Islam ini

    Hari ini, tanggal 27 May 2012, sampailah masa untuk ana membuka blog ini dan mula untuk mengisi blog ini dengan segala macam Ilmu tentang agama kita yang suci, indah lagi terbaik ini, ISLAM, agama Allah S.W.T. Blog ini ana bina untuk membimbing sahabat2 seIslam kembali kejalan yang benar dan memahami lebih mendalam tentang Islam ini.
    Ana, admin blog ini , Mohd Kamarul Arifin Bin Mohd Ali.. Berumur 19 Tahun. Baru tamat pengajian Matrikulasi. Dan sekarang ana menunggu panggilan untuk masuk ke Universiti pada bulan 9 nanti. Ana sekarang juga sedang bekerja, di salah satu kedai makanan ringan di Rawang. Masa2 terluang, ana ambil untuk membaca buku2 ilmiah berkaitan Islam seperti Majalah JOM!, Gen-Q, Solusi dan lain2. Terdetik juga di Hati ana untuk berkongsi Ilmu yang ana ada dengan orang lain. Macam kita semua tahu, berkongsi Ilmu antara satu sama lain sememangnya dituntut dalam Islam.. Kerana ia adalah pahala yang berpanjangan jika Ilmu yang kita ajarkan itu dipraktikkan oleh orang lain. 

Sabda Rasulullah S.A.W.
" Sampaikanlah Pesananku Walaupun Satu Ayat "

    Dari Sabda Rasulullah S.A.W. ini juga kita sudah tahu, "Share" ilmu yang kita ada dengan orang lain sangat dituntut. Yang penting, Ilmu itu sah kesahihannya, Hadith yang Sahih, agar info yang diberi tidaklah salah.
    InsyaAllah, ana akan penuhkan blog ini dengan Motivasi, Cerita2 Pengajaran, Sunah2 Rasulullah S.A.W., Tips untuk pelajar, Komik Dakwah dan banyak lagi! :)
    Ana harap, sahabat2 pembaca semua sudi memberi komen membina untuk menambah baik lagi blog ana ini.. Semoga sahabat2 semua  memperoleh manfaat dari blog ana ini .. dan sekali lagi, terima kasih kerana membaca.. Syukran.. Semoga kita semua diberi Hidayah oleh Allah dan diselamatkan dari Api Neraka Jahannam dan seksaan pedih Allah... Wallahuaklam. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ..
Moga post tadi beri sesuatu manfaat pada sahabat ..
Coretkanlah pendapat jika ada..
Syukran =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...