Yang menjalinkan Ukhwah


Wednesday 20 June 2012

Jangan Butakan HATIMU !

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu pembaca semua ..

     Hari ini ana nak cakap pasal HATI. Pernah dengar kan, Jika hati seseorang itu baik, maka baiklah seluruh badannya. Jika buruk hati seseorang itu, maka buruklah seluruh badannya. Kita selalu merasakan hati kita bersih, tetapi adakah kita menyedari jika hati kita sudah buta disebabkan beberapa perkara ?
     Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyur, dikerumuni orang ramai masa beliau ke pasar Basrah. Ada antara mereka yang bertanya,mengapa doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, " Kerana HATI kamu buta kerana 10 perkara"
     10 Perkara yang disebutkan oleh Ibharim bin Adnan :
1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
  • apabila suruhan-Nya diabaikan, larangan-Nya dilanggar, maka Butalah hati manusia itu
  • tunaikanlah ibadah dengan tekun dan sempurna dan jangan lupa menjauhi maksiat yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.
2. Kamu mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu menolak sunnahnya
  • belajarlah dan amalkan sunnah-sunnah Rasulullah agar sebati dengan hidup seharian kita
  • Janganlah pula kita menolak dan menghina sunnah-sunnah Rasulullah
3. Kamu membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya
  • hari ini, jarang dapat melihat insan yang membaca Al-Quran dan memahami maksudnya
  • kita selalu baca Al-Quran tanpa memahami maksud ayat yang kita baca dan sebab ia diturunkan
  • bacalah Al-Quran setiap hari, dan cubalah memahami maksud-maksud dari ayat Al-Quran tersebut supaya kita dapat pengajaran yang ingin disampaikan daripada ayat tersebut
 | Al-Quran merupakan petunjuk untuk kita dari kesesatan |




4. Kamu makan nikmat Allah s.w.t. tetapi kamu tidak mensyukuri-Nya
  • apabila nikmat yang diberi oleh Allah kepada kita, kita tidak gunakan ke jalan-Nya, kita terlepas dari keredhaan-Nya
  • harta yang kita perolehi, semuanya dari Allah s.w.t.
  • gunakanlah untuk kebaikan = bersedekah, memberi nafkah anak-anak
  • setiap kali mendapat rezki, ucapkanlah Alhamdulillah 
5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
  • Ramai manusia kini mudah ditipu dengan godaan dan bisikan syaitan
  • akhirnya mereka terikut dengan tipu daya syaitan dan dimurkai oleh Allah s.w.t.
  • Sentiasalah menguatkan diri dengan bacaan Al-Quran agar kita tidak mudah terpedaya dengan syaitan
  • Bacalah juga doa perlindungan daripada syaitan [ Doa Perlindungan dari syaitan ]
6. Kamu berkata syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya
  • di akhirat, tempat kembali sebaik-baiknya adalah syurga Allah
  • penuh nikmat, kebahagiaan dan orang yang memasukinya kekal didalamnya
  • untuk memasuki syurga tidak mudah, kita perlukan keredhaan Allah
  • untuk itu, berusahalah menambah baik amal soleh dari hari ke hari
  • tinggalkan juga larangan Allah
  • InsyaAllah kita ditempatkan dalam syurga Allah
 | Jauhilah diri kita dari amalan yang dapat membutakan hati kita |

7. Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya
  • jauhilah maksiat,keburukan agar kita tidak ditempatkan dalam neraka yang penuh dengan seksaan dan penderitaan
8. Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya
  • sentiasalah penuhkan bekalan kita ke akhirat kelak sebelum ajal tiba
  • Janganlah hanya mengejar harta dunia yang sementara
  • Ilmu yang bermanfaat yang disebarkan dan diamalkan oleh orang ramai, doa anak yang soleh dansedekah jariah pahalanya dibawa hingga ke akhirat kelak
  • sentiasalah hadirkan diri ke kuliah agama agar dapat memotivasikan diri bahawa hidup ini tidak lama dan ada penghujungnya
9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri

10. Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar dari mereka

     " Ya Allah Ya Tuhanku ! Ampunilah dosa-dosa ku . Jauhilah diriku dari maksiat yang boleh mengundang kemurkaan-Mu. Janganlah Engkau Ya Allah, Butakan hatiku .. Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah aku meminta pertolongan " Aamiin ..

     Semoga kita dapat mengelakkan hati kita daripada buta dari mendapat keredhaan dan hidayah daripada Allah s.w.t. Jagalah solat, jagalah puasa, jagalah zakat, jagalah diri dari maksiat. InsyaAllah, hati kita sentiasa bersih dari segala kekotoran. Wallahua'lam ...

1 comment:

Assalamualaikum ..
Moga post tadi beri sesuatu manfaat pada sahabat ..
Coretkanlah pendapat jika ada..
Syukran =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...