Yang menjalinkan Ukhwah


Saturday 2 June 2012

10 Perkara Dari Imam Asy-Syafi'e

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
 WASIAT DAN PESAN IMAM ASY-SYAFI'E

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah,
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

2: HAK KEPADA RASULULLAH SHALALLAHU ALAIHI WASSALAM
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

3: HAK KEPADA DIRI SENDIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

4: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi,membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala

5 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang didzalimi.

6: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

7 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

8: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

9: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

10: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Saudaradan saudariku sebagai penutup renungkanlah pesan Imam Syafi'i :
"Aku mencintai orang-orang soleh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku harap semoga aku mendapat syafaat dari mereka. Aku membenci orang-orang durhaka, meskipun sebenarnya, mungkin aku termasuk golongan mereka."

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ..
Moga post tadi beri sesuatu manfaat pada sahabat ..
Coretkanlah pendapat jika ada..
Syukran =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...